Thursday, April 15, 2010
PEMBUANGAN BAYI
Sekarang ini, kalau kita tengok di dada-dada akhbar, terdapat banyak kes yang melibatkan pembuangan bayi di serata Malaysia. Manusia sekarang seperti tidak ada langsung sifat belas kasihan terhadap bayi yang mereka kandung dan lahirkan. Bayi-bayi itu dianggap seperti sampah dan daging yang tak berguna kepada mereka. Persoalannya, tiada langsungkah sedikit rasa simpati terhadap bayi yang di buang itu? Atau salah kerajaan kita sendiri kerana seperti memandang remeh perkara seperti ini?
Sering kali kita mendengar bayi dibuang dihadapan masjid, ditepi tong sampah atau di merata tempat. Tapi jarang kita dengar ibubapa kepada bayi-bayi malang yang di buang itu ditangkap, dipenjarakan atau dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan. Disini, kita akan bincangkan mengenai hukuman-hukuman yang sepatutnya diberikan kepada manusia-manusia yang tidak berhati perut ini.
Hukuman pertama yang patut dilaksanakan kepada pesalah-pesalah buang bayi ini adalah kepada ibubapa bayi itu sendiri. Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih pada zaman sekarang ini, mustahil pihak yang bertanggungjawab tidak dapat mengesan siapa ibubapa bayi yang dibuang itu. Hukuman yang harus diberikan kepada mereka ialah yang pertama, hukuman penjara bertahun-tahun lamanya. Kita boleh letakkan sehingga sepuluh tahun kepada mereka yang terlibat dengan gejala ini. Dengan cara ini, mereka yang terlibat tidak lagi berpeluang untuk melakukan perbuatan yang sama dalam tempoh masa yang terdekat. Ini kerana, gejala pembuangan bayi ini semestinya melibatkan kandungan atau anak luar nikah. Untuk itu, kita telah membanteras gejala zina yang berlaku di kalangan mereka.
Hukuman kedua yang patut diberikan kepada pesalah-pesalah buang bayi ini adalah dengan memberikan hukuman sebat kepada mereka. Hukuman ini adalah perlu dilaksanakan kerana pendapat saya, kalau kita hanya memberikan hukuman penjara sahaja tidak memadai untuk mereka. Mungkin tahap kesedaran mereka tidak akan begitu tinggi jika kita hanya mmeberikan hukuman penjara, kerana hukuman itu boleh dianggap ringan bagi gejala seperti ini. Untuk melihat kan yang kita benar-benar mengambil berat tentang gejala ini, kita perlu mengenakan hukuman sebatan kepada mereka. Hukuman sebatan ini mestilah dijalankan di hadapan orang ramai oleh kerana mereka dengan beraninya telah membuang bayi yang tidak bersalah di kawasan awam, tidak ada salahnya kita juga melakukan perkara yang sama terhadap mereka. Ini boleh memberi peringatan kepada insan-insan yang lain yang mempunyai potensi melakukan gejala yang sama mendapat pengajaran dari apa yang telah dikenakan kepada pesalah yang sebelumnya.
Kepada pesalah-pesalah ini, kita seharusnya memberikan mereka masa untuk mereka menjalani pemulihan lagi setelah keluar dari penjara. Mereka sepatutnya ditempatkan dirumah anak-anak yatim untuk mereka menyelami sendiri perasaan anak-anak yang dibuang oleh ibubapa kandung mereka sendiri bagi menyedarkan lagi mereka tentang betapa serius nya gejala pembuangan bayi ini. Sewaktu dalam tempoh pemulihan di rumah anak-anak yatim, mereka seharusnya tidak lagi dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Mereka perlulah tinggal bersama anak-anak yatim tersebut dalam satu tempoh yang telah ditetapkan dan mereka hendaklah berkhidmat secara percuma disitu. Dengan cara ini, mereka akan lebih rasa bertanggungjawab kepada kanak-kanak dan rasa atau sifat kejam yang dilakukan kepada bayi itu dapat dihapuskan secara perlahan-lahan setelah mereka bergaul dengan kanak-kanak disitu. Sepanjang tempoh ini, mereka haruslah dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab dalam masa ingin memastikan mereka ini benar-benar melaksanakan hukuman yang diberi. Tindakan susulan akan dikenakan kepada mereka yang cuba lari dari tanggungjawab dan pihak yang berwajib haruslah memberi hukuman yang lebih berat kepada golongan seperti ini.
Dengan hukuman-hukuman seperti ini, haraplah tiada lagi kes atau laporan tentang pembuangan bayi kejam lagi selepas ini. Hukuman ini adalah hukuman yang patut diberikan kerana kalau kita tidak bertindak dari sekarang, akan ada lebih banyak lagi kes yang sama akan timbul selepas ini dan tidak mustahil pesalah itu akan bertindak lebih kejam lagi. Jadi, kita haruslah bertindak sekarang demi menjaga dan menjamin keselamatan bayi dan kanak-kanak yang tidak berdosa itu. Sama-sama lah kita membendung gejala buang bayi ini dan bertindak dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku di masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment